Thursday, November 15, 2007
Birthday Alya ke 2 Happy Birthday...
Hari ini birthday Alya ke-2. Memandangkan kita baru je buat makan-makan Sabtu lepas, so kita buat majlis tertutup keluarga untuk meraikan birthday Alya. Mummy beli kek chocolate "moist" dan juga hadiah teddy bear untuk Alya...
Saturday, November 10, 2007
Ikhwan Konvo
Hari ini Ikhwan punya graduation/konvo tadika. Pagi-pagi lagi mummy, daddy, ikwan dan marsya dah siap untuk pergi.
Friday, November 9, 2007
Tengah Kelam Kabut Bersiap Untuk Open House
Daddy baru sampai dan tengah cepat-cepat bersiap nie. Mummy suruh pakai baju melayu pulak....
Sekarang jam 2.10 pagi
Memang penat bersiap untuk buat open house. Banyak benda hampir selesai. Ingat nak tidur dah sebab dah pancit habis. Tapi Ikhwan dan Marsya macam syok layan movie melayu 80-an bertajuk Sayang Anak. Cerita sedih tu. Emak dan bapak meninggal. Kesian.
Sibuk Preparation Open House
Mummy dari tadi lagi memang dah sibuk beli barang-barang dan bahan mentah lain untuk preparation open house. Daddy pulak lepas balik kerja dah bersama-sama sibuk dengan mummy dan bibik.
Menu open house besok adalah nasi briani + accessoriesnya, nasi himpit dan kuah kacang, popiah, keropok ikan, air sirap, camerel dan tembikai. Harap-harap cukup lah makanan yang disediakan besok ni.
Gas pun mummy dah panggil standby takut habis tetiba pulak time tengah masak malam2.

Swimming di Sofitel
Sebenarnya post ni patut di buat semalam (which is Deepavali holiday). Tapi sebab tak sempat dan penat serta letih yang teramat sangat, maka post ni di buat hari ini.
Semalam, kita beraya di rumah kawan mummy, aunty Eraricar (entah betul atau tak spelling tu!!?).
Then kita bersama-sama pergi ke swimming pool di Sofitel, Senai. Mummy dah mendaftar jadi member recreational club kat situ.

Tuesday, November 6, 2007
Open House Tukar Hari
Hari ini daddy elok-elok dah inform kawan2 kat kilang pasal open house yang kitorang plan nak buat hari Ahad akan datang. Tapi tiba-tiba mummy call dan kata Ikhwan ada convo kat Tadika Ehsan, so tak jadilah buat hari Ahad. Terpaksalah cepatkan open house ke hari Sabtu.
Monday, November 5, 2007
Ikhwan Tak Nak Pergi Sekolah
Pagi tadi, bila di kejut, Ikhwan tak nak pergi sekolah. Lepas daddy balik kerja, daddy tanya Ikhwan, kenapa tak pergi sekolah? Ikhwan jawap dia ingat hari tu dia cuti...
Tadi daddy singgah rumah Tuk Wan dan Grandma, nak pulangkan jump start dan nak kasih cangkul penyodok. At the same time nak pinjam dari Grandma bekas simpan nasi.
Tadi daddy singgah rumah Tuk Wan dan Grandma, nak pulangkan jump start dan nak kasih cangkul penyodok. At the same time nak pinjam dari Grandma bekas simpan nasi.
Sunday, November 4, 2007
Pergi Swimming
Hari ini kami semua pergi beraya ke rumah Muhammad dan Zarina. Lepas tu pergi shopping untuk open house kami next week. Lepas tu pergi ke Nusa Mutiara untuk bawak anak-anak swimming. Wah, syoknya depa....cuba tengok...
Mukadimah
Tujuan blog ini...
Selamat datang ke laman cetusan rasa puisi minda keluarga Zaki dan Zura. Blog ini bertujuan merekodkan pelbagai detik saat suka duka kami sekeluarga agar kami dapat mengimbau, mengenang dan menoleh kembali sejarah memori lalu. Sebelum ini terdapat blog-blog individu lain yang dibina tetapi agak sukar untuk meng'update'kan blog-blog berkenaan atas sebab kesuntukan masa dan pelbagai aspek lain yang tak dapat dielakkan. So, blog ini akan menghimpunkan semua kisah terutamanya bapak, emak, anak-anak iaitu Ikhwan, Marsya dan Alya. Blog ini adalah blog khas untuk tatapan keluarga terdekat sahaja.

Subscribe to:
Comments (Atom)